twitter

Penulisan Seorang Putera ??? tajuk cm skema je ek.. hehe..ape2 pun, hope korang x boring menyemak kt cnie... 1 more, SELAMAT DATANG !!! ;) welcome 2 da zone !

beberapa pesan jauhari, and ade beberapa pesan yang aku tambah sendiri:
Bismillahirrahmanirrahim
Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu...MATI,yang jauh itu...MASA LALU, yang besar itu...NAFSU, yang berat itu...MEMEGANG AMANAH, yang ringan itu...MENINGGALKAN SOLAT, yang tajam itu...LIDAH MANUSIA

1) Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untukmu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

2) Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan orang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.
3) Jika kamu melihat seseorang yang hampir jatuh ke dalam gaung, dan kamu ingin memautkan tangan kamu untuk menyelamatkannya, maka pastikanlah kamu teguh di atas untuk menariknya, agar kamu tidak turut jatuh bersamanya..
Begitu juga jika kamu ingin mengubah hidup seseorang yang hampir terjebak, kamu perlulah teguh pendirian, agar kamu tidak terpengaruh oleh hidupnya itu, sebaliknya dia yang akan tertarik untuk mengikuti cara hidup kamu.
4) Jika terdapat seseorang yang melakukan kesilapan, janganlah kamu membencinya dengan hina, sebaliknya, segeralah memaafkannya sekiranya dia betul-betul menyesal atas kesalahannya..kerana apa yang dilakukan oleh kita kepada orang lain, pada satu hari ianya akan berlaku pada diri kita pula.kerana hidup ini mempunyai hukum karma, segala yang dicipta oleh-Nya berpasangan, lelaki dan perempuan, siang dan malam, langit dan bumi, baik dan jahat,hitam dan putih, DLL.. jika kita membenci seseorang, sesuatu hari kita akan dibenci, tetapi sekiranya kita segera memaafkannya, suatu hari nanti kita akan segera dimaafi sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.. manusia tidak diciptakan sempurna..

p/s: hope kiasan nie dapat jadi panduan dalam hidup kita..

Stumble
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Turut Mengarut:

  1. huu....chantek skola.....
    knpa ade sesi potong rambut?...spot check ea..?mamat kne potong rambut x??
    he3..study rerajin n buat yg terbaik utk exam nnti..
    akak doakan mse sit paper nnti mamat tenang dn dpt mnjawab exam dgn lncar..
    amin...p/s--rindu pulak kat sekolah yg telah lama kutinggalkan..hu3..

  1. mamat...xyah la letak verification code ni...
    he3..
    akak ni pemalas ckit nk isi kod2 ni...
    :)

Putera@Mamat. Powered by Blogger.