twitter

Penulisan Seorang Putera ??? tajuk cm skema je ek.. hehe..ape2 pun, hope korang x boring menyemak kt cnie... 1 more, SELAMAT DATANG !!! ;) welcome 2 da zone !
1Malaysia Blogger Community

Kita membelai rasa
dalam dakapan lamunan
ketika mengisi lamunan
dengan cerita-cerita manja
dan kita ketawa
mengenang kembali
kenakalan kita bersama

Pada kita
itu cuma satu rindu
yang telah berlalu
menjadi lipatan kasih
buat kita menyatakan
bahawa semuanya indah
dalam rangkulan mimpi
pada hari ini


KIta akhirnya menangis
mengenai langkah yang salah
setelah kita sedari
hari ini masih berhutang
dengan kenangan kita
yang terlalu sempit
oleh kealpaan kita
mengiringi waktu
tanpa mempeduli
bahawa kita telah berada
di penghujung perjalanan
lalu kita saling bertanya
adakah kesempatan
untuk kita bersama
membersihkan diri
pada dosa semalam?


Nukilan: JA'AFAR HAJI HAMDAN  (2004)


p/s : aku jumpa sajak nie kat atas lantai kat lab sekolah aku.. aku ase menarik and aku posting kt sini

Stumble
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Turut Mengarut:

Powered By Blogger
Putera@Mamat. Powered by Blogger.